MummyNemo [dot] com

Sunday, May 29, 2011

Simanis-cadburylady sudah berdot com bertukar jadi aidanatasya.com

Assalamualaikum, kepada rakan2 blog saya.. Simanis-cadburylady.blogspot.com telah bertukar kepada aidanatasya.com.. So, kawan2 nak taw perkembangan lebih lanjut, sila singgah ke aidanatasya.com

alhamdulilah tercapai jugak hajat nak berhosting dan berdomain sendiri.. Maklumlah, sejak ari tu, blogspot selalu ade masalah, saya da menjadi takut jika blog sy terdelete, sekarang sy tak perlu takut.. :)

jom singgah rumah baru sya.. Aidanatasya.com..

Siapa berminat nak berhosting atau berdomain. Jgn segan2 tanya sy k :)
Wednesday, May 25, 2011

iluvblog blogwalking community

Assalamualaikum... Selamat petang :).. Saya kena tag sis ellen yang baik hati join group ini..... berkenan sangat nak join makluman, group mcm nielah... menyenangkan blogwalking... :) Jom baca kat bawah nie :) Saya nak berada di Group "Blogger Bawah Tanah" oleh kerana dia kawan baik sis ellen.. saya nak berkawan jugak dengan dia :)

iluvblog

Disebabkan terlalu banyak group bagi blogger Malaysia, kami dari pihak Wootmedia ingin mengambil inisiatif untuk mengumpul group-group ini dalam sebuah blog yang dipanggil iluvblog^walking. Dalam blog tersebut, para blogger akan diklasifikasikan mengikut kumpulan masing-masing. Setakat ini, 7 group sudah dikenalpasti. Dengan adanya blog ini, jadi lebih mudah lah nak blogwalking. Ye tak?

Oleh itu, kami mengajak anda semua untuk turut sama join kami di blog iluv^blogwalking ! Setakat ini,terdapat 7 group blogger di komuniti iluvblog^walking.Antaranya :

  • Blogger Tercinta Official
  • Sahabat Blogger
  • Blogger Pantai Timur
  • Blogger Bawah Tanah
  • Kita-Blogger Group
  • Blogger Malaya Group
  • Special group

Setiap group akan di isi dengan 500 blog..Jadi semuanya berjumlah 3500 blog ! Anda akan muntah kerana blogwalking..hehe

Anda boleh memilih kumpulan mana yang diingini kecuali group “kita blogger” . Walaubagaimanapun, pihak kami telah meletakkan had 500 buah blog sahaja bagi setiap kumpulan. Jadi kalau yang terlebih tu, kami akan masukkan blog korang kat group SPECIAL..

Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut

Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :
  • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
  • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
  • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
  • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
  • Tag 2 orang rakan blogger anda
  • Submit url entry anda menggunakan borang di bawah

Nak taw Lebih Lanjut.. Masuk Sini-----> http://wootmedia.my/2011/iluvblog-blogwalking-community/

2 orang saya tag :) jgn marah erkkk ;)

1. http://masturazakaria.blogspot.com/

2. http://izancraft.blogspot.com/

Tutorial-Dapatkan Semula File Yang Terdelete Dalam Pen Drive



Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.

Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.

Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.

Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.

2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.

3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.

4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.

5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.

OK, selamat mencuba dan semoga berjaya.


Sumber : http://ymsagasama.blogspot.com/

P/s lama da cari tutorial nie.. akhirnya banyak file dapat di selamatkan :)  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.