MummyNemo [dot] com

Friday, November 26, 2010

KISAH POKOK SEMALU DAN WANITA MODEN

Pada suatu hari ,Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda,Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar ,Fatimah terpijak pohon semalu ,kaki nya berdarah lalu dia mengadu kesakitan .
     Fatimah mengatakan kepada ayahandanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah .Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita .Fatimah terkejut .Rasulullah menyambung kata-katanya lagi .Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari aspek iaitu :
  1. Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh .Ini di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu       (pada tempatnya) .
  2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu ,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .
  3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi .Ini bermakna ,wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Alllah Rabbul Alamin .
  4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang .Oleh itu ,para wanita sekalian ,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja ..
"Ambil lah pengajaran dari pohon semalu walaupun hanya sepohon tumbuhan yang kecil ".

4 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

eMMe said... [Reply to comment]

tazkirah jumaat yg bagus~ wanita skrg perlu mengambil iktibar melalui cerita daun semalu contohnye~

tehr said... [Reply to comment]

saya pernah buat entri mengenainya
cuba baca...

tehr said... [Reply to comment]

sori terlupa link

http://www.tehramuan.com/2010/06/wanita-pohon-semalu.html

Bi4RL4HR4HSi4H said... [Reply to comment]

ooo... yake, tak sangka sama lak cikgu :)

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.