MummyNemo [dot] com

Thursday, December 30, 2010

MENCINTAIMU, KESALAHANKU KERANA AKU TAK MAMPU MEMBAHAGIANKANMU - PART 2




Tit..tit..
Eh..sms laa..haa..ni mesti mamat tu lagi..Boringnya! !!!
"Assalamualaikum
Cik Dania. Dah solat? Dah dinner? Ish..blm mandi ke ni? Patutlaa busyuk
semacam!!!" , isi sms yang dihantar oleh Amar kepada Dania.
Ah..malas aku nak balas..Bazirkan kredit aku je.
Dania menyambung semula pembacaannya. Kemudian, kedengaran telefon bimbitnya sekali lagi.
" Waahh..sombongnya Cik Dania kita ni. Xapa..saya faham. Xada kredit laa tu. :p"

" Ish..menyampahnya aku…Eleh..biar je laa dia cakap sorang..Bukan
aku yang rugi. Emm…Amar..Amarul Haji Mustafa. Orangnya memang menarik,
tapi, menyakitkan hati. Rupanya, emm..macam mana aku nak describe ye?
Emm.. haa.. macam.. macam.. Sinchan..hehehe… Apa laa aku ni..nak kutuk
orang je.. Amar ok apa.. rupa dia tu..macam.. lelaki Melayu terakhir…,"
sambil tersenyum sendirian. Dania kemudian, meletakkan buku novel yang
dibacanya sebentar tadi ke dalam almari bukunya. Tersenyum lagi. Bila
teringatkan Amar..dia geram, sakit hati. Tetapi, di dalam semua
perasaan geram dan sakit hati itu, terselit satu perasaan iaitu, rasa
geli hati. Geli hati melihat perangai Amar yang kebudak-budakan. Yang
tidak mengenal erti penat dalam melayani sikap dinginnya.
Ahh.. Amar…mamat yang tak jemu melayan karenah aku yang selalu naik angin ni..Nina kemudian, tersenyum lagi.
Tit..tit..
Amar..emm… apa pula yang dia cakap kali ni ye..
"
Aku ingin mengenali dirimu..Namun, aku malu-malu kucing. Aku ingin
dekat denganmu..namun, kakiku tak terlangkah…Aku ingin selalu
disampingmu…Biarlah aku di sisimu selamanya…Usahlah ragu gadisku.."
Hanya senyuman yang mampu terukir di bibir gadis berkulit kuning langsat, bermata bundar itu.
"
Entah apa-apa laa mamat ni malam ni. Dah nak jadi mamat jiwang ke?
Wooo…cair…cair… .aku cair…heheheh. .aku cair? Tolonglah..Dengan mamat
tu aku cair? Boleh percaya ke? Tak percaya? Percayalah!! !" Dania
mengomel sendirian.
" Nia!!" jerit Zaima, satu-satunya kakak Dania.
" Eh..apa ni kak..jerit kat telinga Nia.. Sakit laa gegendang teling ni.."
"
Haa…buat apa tu? Cakap seorang diri pula tu? Akak bagitau kat ibu, baru
tahu," seraya mengambil tempat di sisi adiknya di atas katil.
" Ish..tak ada apa laa kak. Ni..tengah baca sms mamat yang jiwang
tahap maksima ni," sambil menunjukkan sms tersebut kepada Zaima.
Lantas, Zaima membacanya lalu terukir senyuman dibibirnya.
" Tengok, dia pula yang senyum seorang.."

Sambil merenung wajah adiknya, Zaima bertanya; " Siapa ni dik?"
" Emm..mamat laa."
" Tahu laa mamat. Takkan laa minah pula yang nak bagi sms ni? Eee…minah ye?"
" Wooo..minah? Akak ni..Nina perempuan ayu laa… Sesama minah..tak main laa.."

Ketawa kecil Zaima bila mendengar adiknya berkata demikian. "
Nia..Nia.. Siapa gerangan si dia ni dik? Emm..sejak bila adik akak ni
pandai berahsia?"
" Alaa..akak ni. Tak ada apa-apa laa kak. Kawan je tu."

" Akak tau laa..Takkan dia tu musuh pula? Kawan..Kawan. ..," sambil
menghadiahkan senyuman yang penuh makna kepada adiknya, Dania.
" Akak ni..ada-ada je. Emm..mak dan ayah dah tidur ke kak?"
Dengan malasnya, Zaima membaringkan tubuhnya ke atas katil tersebut. Dirinya berasa terlalu letih hari ini. " Emm..dah tidur."

"Lina, awak belikan saya sejambak ros. Red tau. Cepat sikit," perintah Firdaus.

"Baik Encik Firdaus. Nak berapa kuntum?," tanya Lina, setiausahanya.
"Dua
belas dozen. Cepat sikit. Saya nak bunga tu ada kat meja saya sebelum
lunch hour. You got it?", lalu melepaskan padangannya ke luar tingkap.
"Ok. Baik Encik.,"terus berlalu.
Ahh…aku takkan lepaskan
kau, gadis cantik.. Mana mungkin aku akan lepaskan gadis secantik dia.
Sekeras batu sekalipun, aku akan pastikan dia jatuh ke tangan aku!!
Hahaha!!!
Kring…kring!!
"Hello?," ucap Firdaus.
"Encik, ada panggilan untuk Encik. Katanya, dari Nita," ujar Intan.
"Sambungkan."
Kedengaran suara seorang gadis di dalam telefon.. "Hello sayang…Nita ni."

"Haa..Nita. Kau nak apa lagi?"
"Fir…mana Fir menghilang? Fir dah lupakan Nita ye?"
"Nita..berapa kali I nak cakap kat you ni? Lupakan je I. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Don’t you get it?!"

"Fir!! I tak dapat hidup tanpa you! Don’t do this to me Fir..I
really need you darling…huh…," kedengaran suaranya terketar-ketar.
"Enough Nita!!!," menghempas gagang telefon. "Huhhh..perempuan tak sedar diri!!


"Dania..ooo.. Dania puteriku,"tersengih.
"Apa dia??," tanya Dania.
"Alaa..senyumlah
sikit. Adooii…awat laju sangat ni? Tak larat ler aku nak jalan cepat
camni. Kau ni..nak marathon yek? Hehehe.."
Dania semakin pantas menuruni anak tangga. Tiba-tiba, Amar
berhenti. Dia terduduk mencangkung sambil mengurut dada. Dia
tercungap-cungap. Menarik nafasnya dalam. Dania yang tiba-tiba perasan
Amar tiba-tiba senyap di belakangnya, menoleh ke arah Amar. Terkejut.
Dania terus meluru ke arah Amar.
"Eh…Amar..Apsal ni? Kau tak sihat ke?"
"Huh…huhh…aku…ahh… uhukk…uhuhkk… aku..," sambil menahan sakitnya dan cuba bernafas.
"Amar…naper ni? Jangan takutkan aku Amar!!"
"Ubat..ubat…," tercungap-cungap.

"Ubat? Mana? Mana kau letak?"
"Poket..seluar… ," Amar hampir pitam. Peluh dingin membasahi dirinya. Dia seperti sudah tidak berdaya.
"Alamak…poket seluar?"
Adusss….poket seluar? Camner laa aku nak ambil? Huh…
Dania pun cuba mengeluarkan ubat dari poket seluar Amar. Perlahan-lahan dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar Amar.
Alamak….tak de kat sini laa.. kat poket kanan kot…adooii…
Dania pun mengambil ubat tersebut dan kemudian memberikannya kepada Amar.

"Ahh…huh…huh…,’ tercungap-cungap lalu bersandar di tepi dinding di tangga.
"Kau ok?"
Nafas Amar kian stabil. "Emm..ok..Aku ok. Thanks, Dania," tersenyum sambil menahan sakitnya.
Dania
mengambil sapu tangannya dan kemudian mengesat peluh dingin di dahi
Amar. "Kau ni..menakutkan aku je. Emm..kau ni, asma ye?"
"Ahh? A’aa…ya, asma. Tu laa kau. Cepat sangat turun tangga ni. Aku kelelahan."
"Ehh..budak

2 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

supergirl said... [Reply to comment]

ye lah..romantik and klakar sgt..

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.