MummyNemo [dot] com

Tuesday, January 11, 2011

Hadiah untuk perempuan. Hadiah untuk lelaki. Yang beriman.



Satu hadiah untuk perempuan. Yang beriman.
Satu hadiah untuk lelaki. Yang beriman.

Walaupun pada asalnya saya menghadiahkan hadiah itu kepada mereka, saya kira pembaca-pembaca Langit Ilahi juga patut mendapat hadiah yang sama daripada saya. Tinggal, mereka yang hadir di grand ifthar, istimewa sikit sebab saya sampaikan ikut mulut saya terus. Di langit Ilahi, hanya sekadar tulisan sahaja yang saya mampu usahakan.

Dan hakikatnya, hadiah yang saya berikan itu bukanlah hak milik saya.

Tetapi ia adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita semua.

Hadiah untuk perempuan yang beriman

Apakah hadiah yang saya hulurkan kepada perempuan yang beriman?

Itulah dia ayat Allah SWT:

“Dan janganlah kamu(wahai lelaki) berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya(perempuan kafir musyrik itu) menarik hati kamu…” Surah Al-Baqarah ayat 221.

Perempuan yang beriman, adalah perempuan yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba abdi, hamba sahaya, yang standardnya rendah di mata manusia. Perempuan beriman, adalah yang tertinggi, terbaik di sisi Allah SWT.

Begitulah yang berlaku pada diri Ummu Aiman RH, Sumaiyah RH, dan lain-lain sahabiyyat di zaman Rasulullah SAW yang diangkat mulia walaupun mereka hanyalah hamba sahaya.

Ini merupakan pengiktirafan khas daripada Allah SWT.

Hadiah terindah daripadaNya, yang saya sampaikan untuk kita melihat semula akan diri kita.

Apakah kita merasa izzah(bangga) dengan keimanan yang wujud pada dalam diri kita?

Perempuan beriman, tidakkah kamu merasa berharga dan mahal?

Hatta hamba sahaya perempuan yang beriman, nilainya lebih bagus daripada Queen Elizabeth, Britney Spears, Angelina Jolie, Yui Arigaki, Song Hye Kyo dan lain-lain. Walaupun mereka itu, mengkagumkan, mengiurkan, di mata-mata lelaki hari ini.

Tidakkah kamu merasa keperluan menjaga harga diri dan keimanan kamu wahai perempuan beriman?




Hadiah untuk lelaki yang beriman

Apakah pula hadiah yang saya berikan kepada lelaki yang beriman?

Hadiahnya adalah firman Allah SWT juga, dari ayat yang sama, selepas ayat ‘hadiah’ kepada wanita beriman tadi:

Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” Surah Al-Baqarah ayat 221.

Lelaki yang beriman, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang beriman, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT.

Inilah yang berlaku pada Bilal bin Rabah RA, kepada Zaid Ibn Harithah RA, dan lain-lain sahabat Rasulullah SAW yang diangkat mulia walaupun mereka hanyalah hamba sahaya.

Inilah dia pengiktirafan khas daripada Allah SWT.

Hadiah terindah dan termahal daripadaNya, yang saya sampaikan untuk kita melihat diri kita semula.

Lelaki yang beriman, tidakkah kamu merasa berharga dan mahal?

Hatta hamba sahaya lelaki yang beriman, nilainya lebih bagus daripada Raja Charles, Tom Cruise, Takuya Kimura, Rain dan lain-lain. Walaupun mereka itu, mengkagumkan, mengiurkan, di mata-mata perempuan hari ini.

Tidakkah kamu merasa keperluan menjaga harga diri dan keimanan kamu wahai lelaki beriman?




Keimanan, membuatkan hidup seseorang itu mempunyai nilai

Orang yang beriman hidup punya matlamat yang jelas. Dia beriman bahawa wujudnya Allah untuk dia menghambakan diri dan dia beriman bahawa wujudnya akhirat untuk dirinya dihitung nanti.

Sebab itu orang yang beriman adalah orang yang serius dalam kehidupannya. Dia tidak membazir masa, dia berakhlak dan dia sentiasa menjaga hubungan dengan orang lain di sekelilingnya. Dia sentiasa berjuang untuk menjadi yang terbaik. Dia membenci dosa, dan sekiranya dia jatuh ke lubang dosa, dia akan segera keluar membersihkan dirinya.

Siapakah yang lebih baik dari manusia sebegini rupa?

Dan inilah yang tidak dilihat oleh manusia.

Bagaimanakah kita melayan keimanan kita?

Bagaimanakah kita melayan keimanan di dalam kehidupan kita?

Apakah kita menjaganya? Apakah kita mempertingkatkannya? Apakah kita menyebarkannya?

Atau kita membiarkannya? Atau kita menurunkan kualitinya? Atau kita menghalang orang dari lebih memahaminya?

Kita adalah yang tertinggi sekiranya kita beriman.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Surah Ali Imran ayat 139.

Dan siapakah yang benar-benar memahaminya dengan amalan?

Tidakkah kita menghargai hadiah daripada Allah ini?

Allah sendiri mengiktiraf.

Apakah yang telah kita lakukan dengan pengiktirafan yang mulia ini?

Soal diri, apakah benar kita hamba Ilahi yang sejati.

9 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

Sunah Sakura said... [Reply to comment]

salam~ nice entry, tapi nape de perkataan "Langit Ilahi"? ni tulisan Hilal Asyraf ye?

Kenapa ek???

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@Sunah Mohammad

yup... sy ambil kat fb, sy copy paste kat cni :)

niesz said... [Reply to comment]

niesz suke ayat nie..Lelaki yang beriman, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang standardnya rendah di mata manusia. Lelaki yang beriman, adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT. hope pilihn niesz adalah yg terbaik tuk niesz..insyaALLAH..

Anonymous said... [Reply to comment]

tahniah..cute lah blog =)

leenturbo®™ said... [Reply to comment]

Tahniah.....cantik & simple je blog....hehehe....

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@leenturbo

Leen.. hehehe, makasih ya sbb singgah blog sy :)

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.