MummyNemo [dot] com

Monday, January 31, 2011

Kentut Secara Saintifik

Hahaha...  Kentut?? semua x nak ngaku kan klu kentut, terutama perempuan... malu ooo, klu time kita kentut di dengari oleh org lain, pastu berbau lagi heheheh. Jom baca aritkel kat bawah... menerangkan tentang  KENTUT SECARA SAINTIFIK :P


Kenapa kita kentut?

Kentut merupakan fenomena semulajadi yang berlaku pada manusia. Berbohonglah sesiapa yang mengaku tidak pernah kentut. Manusia kentut untuk mengeluarkan gas yang akan memudaratkan sistem badan.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:


• Makanan
• Udara yang disedut
• Jenis bakteria dalam usus
• Tempoh masa kentut ditahan keluar


Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen.


Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.



Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.



P/S... malunyee klu kentut berbau, pastu org lain taw yg kita yg kentut hehehehe.



15 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

Anonymous said... [Reply to comment]

haha...... jgn lah malu..kentut itu sihat..haha :p

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@marionette.life.goes.wrong

mesti la malu hehhehe... kita kan pmpuan, mesti cover2 sikit...

jgn smpi smua org dgr :p

as said... [Reply to comment]

hahaha . macam kelakar sih kentut dibuat gaya saintifik

eMMe said... [Reply to comment]

selamba je kentut depan hubby
hahahha! takde malu2 de....
kalo dgn org lain yg kite tak biasa, malu sey
cover2 la kan, tasya, org pempuan, ade yg leh selamba, ade yg cover2 cun, kan, heeeeee

||aLeaSaRa|| said... [Reply to comment]

hye sis!kite pnh baca ada ngra yg mengalakkan penduduknya kentut.itu tandanya sihat.betul tu kentut kalau yg jns kuat tak berbau tapi kalau tak bunyi lgsg yg bahaya tu..tiba2 bau petai,bau belacan,bau tempoyak.camner tu he3...

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@eMMe

sis, hehehe... hubby sis tu paham gak tu, :p

2la sis, kena la pandai2 coverkan klu nak kentut.... klu tasya nak kentut g tandas heheheh :p

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@||aLeaSaRa||

tasya, pun pnah baca... gak sis,

sis, jgn makan la petai tu, klu makan telur lagi la hehehe :p

jelah said... [Reply to comment]

xder ke pertandingan kentut paling kuat....nnt leh msok rekod dunia..

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Salam Aida..
Uiiiihhhh..comelnya gmbr profile tuuu..

Semua perkara ada kebaikan dan keburukannya kan..
so terpulang kpd kita mcm mana nk mentafsirkannya..

aienna said... [Reply to comment]

heheh...
kentut pun ade sebab die eh???

ibu qaleesya said... [Reply to comment]

hahahha kena kentut jauh pada orang laa

Kisah Cinta Kita said... [Reply to comment]

biasalah tue, fitrah kejadian manusia.. hehe..
aida, sy dah letak banner geng blog pink kt blog saya.. thanks taw

tehr said... [Reply to comment]

kentut kuat paling best
lega dan aman je perut
haha

edy said... [Reply to comment]

oooo kentut kira liter noh...bru la tau ni...hehehe

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.