MummyNemo [dot] com

Friday, March 18, 2011

Pelatih Pulapol Meninggal akibat serangan Virus Adenovirus.

Credit to : google
Assalamualaikum Selamat Pagi... entry kali ni, mengenai Virus Adenovirus yang telah mengorbankan seorang pelatih Pulapol berumur 21 tahun yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa lepas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tahu ka anda apa itu virus Adenovirus???
Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini.

Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.

Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD).

Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi.

“Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria,” kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan.

Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru. -Sumber Berita Harian-

Punca Penularan Virus Adenovirus?

“Ada beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca penularan bakteria dan dan virus itu termasuk makanan tercemar dan keadaan Sungai Bonus. Berikutan itu, zon latihan ditutup buat sementara waktu,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, semalam.
Beliau berkata, 560 pelatih dan enam staf turut ditempatkan di enam blok pusat pengasingan dalam Pulapol untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.-harian metro-

p/s kebersihan itu penting, untuk mengelakkan dari sebarang penyakit,
Takziah buat keluarga mangsa. Al-fatihah.

3 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

Dda Ly said... [Reply to comment]

urmm susah nak kate, mmg amcam² virus skang ni kan? kalau Dia nak bg..kite semua terpaksa hadapi...

meh ke rumah..
~a week already~
keep in touch ye..♥♥♥

eMMe said... [Reply to comment]

mcm2 virus kite dengar skarang nih....ape kah petanda sume ini?? moga kite dilindungi Allah swt sentiasa...

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.