MummyNemo [dot] com

Wednesday, May 11, 2011

Hati-hati dengan template blogspot/wordpress percuma!

Assalamualaikum Selamat petang Semuanya, harap2 semuanya dalam sihat walafiat.. Entri kali ini mengenai pemilihan template blogspot/wordpress percuma yang kita boleh dapati dimana2 website, taip je template free kat google.. comfirm banyak website yang keluar.., bagi blogger baru mesti akan tercari2 template free kat google, sama seperti saya dulu...dan sekarang hehehe...smpi skrg ni pun sy still guna template free..

Kebanyakkan template free ni main taktik kotor... nak kaut keuntungan dengan memanipulasikan template yang  kita guna... so, kita kena hati2 dengan pemilihan template free...

ikut pengalaman kawan kita, yg terkena dengan pengunaan template free...



Hati-hati dengan template blogspot/wordpress percuma!


Saya sering terlibat dengan design website dan blog. Seringkali saya mengambil template percuma dari mana-mana website untuk dijadikan asas sebelum saya memulakan kerja design. Dari sini lah saya perasan yang ramai pemberi template percuma ini adalah orang yang tidak jujur...

Pernah perasan tak yang sesetengah blog yang menggunakan template percuma ni kalau kita masuk, akan keluar iklan pop under? anda rasa, adakah pembina blog tersebut tahu menggunakan iklan pop under? sebenarnya iklan tersebut diletakkan oleh pembina template blog tersebut untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan tektik kotor.

Malah kadang-kala iklan yang keluar itu adalah iklan-iklan lucah yang langsung tidak menggambarkan bloh yang kita masuk.

Kalau anda rasa perbuatan itu jahat, tunggu dulu, ada sesetengah pemberi template percuma yang lebih jahat lagi. Ada yang meletakkan spyware yang boleh masuk ke dalam server anda atau ke dalam server pelawat anda lalu memberi akses kepada pemilik template percuma itu tadi untuk sesuka hati menceroboh ke dalam blog atau server anda.

Selain itu ada juga pemberi template percuma yang menyembunyikan banyak keyword untuk backlink dan ada yang meletakkan code lock yang memaksa pengunjung blog anda mengisi CPA offer untuk mengakses isi kendungan blog anda.

Jadi berhati-hatilah dalam memilih template percuma.
tp benda ni, tak pernah terjadi kepada saya, adakah pnah terjadi kepada kawan2???..... :)

credit to : http://www.wangcyber.com/forum/pembangunan-web/27486-hati-hati-dengan-template-blogspot-wordpress-percuma.html

26 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

::Mastura Zakaria:: said... [Reply to comment]

saya x pernah kena lagi..tp better guna yg blogger je la...heehehe

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@::Mastura:Zakaria::

Salam mastura... sy pun, tp tula kita kena hati2 jgk kan :)

Unknown said... [Reply to comment]

Wooo ye ke! Alhamdulillah setakat ni okey je template free tu. anyway thank you for sharing this info :)

Latest n3: Jean Paul Gaultier Classique X

aizamia3 said... [Reply to comment]

terima kasih atas info tersebut..

Firdaus Kasim said... [Reply to comment]

akak guna templeta percuma ke? npe saya tekan read more dia kuar new page?

Entri paling hot :
Blogger Popular Sombong?"

dill said... [Reply to comment]

time kasih utk info ini :)

Miss Dill^^

decrewz said... [Reply to comment]

Pernah jugak dengar sebelum ni.. Theme sebelum ni memang Jai godek coding habis habisan sampi buang terus dia punya sumber asal blog... ha3.. Theme yang baru ni je mcm ssh sikit nak edit sebab pernah usik coding, terus down sampaikan terpaksa minta bantuan pihak hosting..

Unknown said... [Reply to comment]

✿ owh..saya mungkin antara mangsanya..patutlaa ade certain blogs yg Ann visit kuar pop up window..thanx 4 the great info!✿

tehr said... [Reply to comment]

salah satu sebab saya malas nak tukar template
takut terkena kerana yang sekarang ni ok je nampaknya

kalau kita boleh tahu kod yang diletakkan pada template tu, rasanya bagus juga

kita boleh buang atau 'kita bako je...'

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@Firdaus Kasim

Dik.. akak guna template percuma gak.. tp takde masalah setakat nie..

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@decrewz

jai, aida dulu pun gatal tangan juga asyik tukar template.. tukar2 coding, smpi ari hancur blog aida.. kang ni da serik nak tukar2...

aida lebih suka yg simple.. tak banyak widget sgt :)

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@♥Ann♥

owh yake. lain kali hati2 erkkk... tp tula, kadang bila kita msk blog org lain kadang ade kuar pop up window yg kuar iklan mcm2...

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@tehr

cikgu... sy pun, alhamdulilah tempalte nie da ok skit dari yg sebelumnya :)

Unknown said... [Reply to comment]

wah...info baru.... terima kasih atas peringatan ni yeaaa...

Penghuni 60 said... [Reply to comment]

belum terjadi juga sama saya
^_^

faryzh said... [Reply to comment]

info yang mengejutkan ni.thax for sharing..

Enchik Nine said... [Reply to comment]

Nsb baek x pakai yang free... pakai yang buat sendiri lagi afdal...

Whitey Mommy said... [Reply to comment]

aida...akk amik ya... buat modal untuk entry...:D jemput la ke blog akk kalau rajin...

fery said... [Reply to comment]

tak percuma awak mampir,,,,terima kasih

no_answer said... [Reply to comment]

iz gune yang blogger punyer .. okayh x mcm tu ??

touya said... [Reply to comment]

Tak pernah kena dan tak pernah dengar orang lain kena ... kalau kes widget tu , memang dah banyak

Telaga Putih said... [Reply to comment]

kamu kena tag!! >>> http://telagaputihworks.blogspot.com/2011/04/contest-blog-paling-wonderful.html

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.