Assalamualaikum... selamat menyambut hari pekerja buat semua pekerja2 tak kira yang berkerja sektor swasta, kerajaan ataupun yang berkerja sendiri...semoga sentiasa mendapat keberkatan dan rezeki akan bertambah.. amin.
mesti korang tahu kan tarikh 8 mei???
Jom baca kat bawa nie.....
365 hari sepanjang tahun dilalui oleh tiap orang. Sebahagian hari-hari tu dilalui hingga bertemu tahun baru namun ada yang tak sampai ke penghujung tahun.
Sepanjang tahun itu, manusia pandai pilih hari-hari tertentu bersempena dengan acara-acara tertentu juga. Ada Hari Buruh atau Pekerja, Hari Makanan Sedunia dan bermacam hari lagi.
Kehidupan diteruskan juga, sama ada kita ingat atau lupa hari-hari yang terpilih tu. Segalanya demi mengisi tuntutan kehidupan yang makin mencabar dari hari ke hari.
Dalam bercakap tentang hari, usah lupa pula hari-hari yang dinantikan. Ada orang menanti padi masak khususnya petani yang mencari nafkah di sawah padi. Ada yang menanti berakhir musim tengkujuh terutama nelayan yang ke laut mencari tangkapan. Bagi pekerja sektor swasta mahupun awam, tentulah menanti hari gaji di hujung bulan, manakala bagi yang bertunang seakan tak sabar menunggu hari persandingan.
Tapi ingatkah pembaca semua tentang HARI IBU ? Tarikh Keramat Hari Ibu tahun ini jatuh pada 8 hb. Mei 2011…. dua hari saja lagi. Menjelang tibanya tarikh itu, rancanglah sesuatu yang lebih bererti untuk diraikan bersama ibu masing-masing. Baiknya jika keraian itu dibuat dengan adik-beradik dan keluarga seluruhnya.
Namun jika tidak mampu berhimpun atas sebab kekangan tugas dan sebagainya…. dail saja telefon untuk bercakap dan mengucapkan sesuatu yang menggembirakan hati ibu. Memang ibu-ibu tidak mengharapkan itu semua, barangkali.
Tapi sebagai anak yang sudah dewasa, apatahlagi jika sudah bergelar ibu……. perasaan keibuan itu tentu berkait rapat dengan keakraban hubungan kekeluargaan khususnya dengan anak-anak. Kita harus sedar hal ini dan sentiasa ingat kita tidak akan wujud di dunia tanpa wanita bergelar IBU…..
Bagi anda yang masih ada ibu, hargailah hubungan yang sangat ISTIMEWA di antara anda dengannya. Jangan nanti setelah dia pergi untuk selamanya, baru kita sedar adanya satu ruang kosong dalam hati kerana tiada siapa lagi boleh kita panggil ibu, mak, mama……….. dan sebagainya !
Credit to : http://www.myfriends2u.com/
P/s.. mesti korang sekarang da sibuk2 mencari hadiah untuk hari ibu kan??? saya pun masih tengah fikir lagi nak bagi ape erkkk??? ermmmmm
6 KOMEN YANG SAYA TERIMA:
hehe..nak nak beli adiah pe ye..
@lovelyfana
ntahla dearr.. dok penim jgk nie...
8 mei....hari ibu...
tapi sayang....ibu yang menjagaku sudah tiada...alfatihah
@Adinda Amy Sensei al-fatihah, semoga roh ibu adinda ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
selamat hari pekerja
selamat hari ibu
semoga ibu2 kita dalam jagaan Allah selalu..ameen
Post a Comment
Terima kasih Dengan Komen Anda.