MummyNemo [dot] com

Thursday, April 28, 2011

Bapa Pukul Anak Yang Nak Pakai Tudung!




Kalau orang Islam, mestilah pakai TUDUNG, ya tak? Patutnya bapak aku galakkan aku pakai TUDUNG, tapi lain plak jadiknya!

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq......!




(MAKLUMAN: Satu lori treler lalu dekat rumah aku. Kemudian bunyi hon, kuat sangat. Jadi, bapak aku pun senyaplah sekejap! Kalau menjerit pun aku tak dengar! JENG! JENG! JENG!)




Dah 100 kali aku habaq......!
LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Apa la nak jadik hang ni! Hang tak nampak ka? Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu LELAKI! Abang hang pun LELAKI jugak!".


---------
MORAL:

Ada seorang lelaki yang sejak kecil memang pakai pakaian wanita, dan pakai tudung. Bila malam dia keluar, santak subuh barulah dia balik ke rumah. Kini umur dia hampir 60 tahun. Kalau berjalan, lenggangnya lebih hebat dari lenggang wanita. Dia seorang bisu. Mungkin ada "something wrong upstairs". Bapa dia seorang imam. Bukannya bapa dia tidak larang dia berpakaian wanita. Dia kerap dipukul oleh bapanya kerana kedegilannya itu. Kini bapanya sudah tiada, namun hobi berpakaian wanitanya masih seperti dulu. Mungkin dia tidak begitu normal. Ibunya sakit mental sudah berpuluh tahun. 

lelaki berpakaian wanita adalah satu penyakit. GAY juga satu penyakit, walaupun mereka mengatakan bahawa mereka normal. Ada kes lelaki jadi GAY kerana dia kecewa bercinta dengan wanita. Keluarga rapat berperanan penting untuk menyedarkan mereka yang seperti ini. Mungkin pendekatan kaunseling lebih berkesan berbanding memukul mereka. Dengar apakah sebenarnya masalah mereka dan bantu mereka agar mereka boleh selesakan masalah tersebut. Wallahua'lam. 

17 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

bantalbucuk said... [Reply to comment]

pernah jugak dengar cerita ni dulu.. memang bahaya kalau lelaki yang macam ni..tapi kesian pun ada sebab naluri dia lebih kepada wanita..huhu

cIk JanNah said... [Reply to comment]

Allahuakbar.
kesiannya kalau ada org sedemikian kan? dia tak salah sebab dia dilahirkan dgn bernaluri sebegitu.
mOGA Allah membantu org sebegitu

miss 3L bunny said... [Reply to comment]

mati2 ingat yg kna lempang tue gurl hehe

Hot Mama said... [Reply to comment]

hahaha...suspen td akak tgk tajuk...
rupa2nya...nyah pulak tu..;p

Entri Terkini : Place Your Free Ads From KakLong Aina

aveeakira said... [Reply to comment]

huhuhuu.. mula2 sedih kutt.. then, akhir story cam klaka kutt..biler pasal moral.. teringat kat pondan bisu giler kat kg aki nih.. then, biler turn bilerr nak abiss hati tersentap lak.. hmm...

Nadhirah-chan said... [Reply to comment]

pehh , ingatkan betul-betul tadi . saspens kejap . hahaha :)

sissyira said... [Reply to comment]

salam pagi selasa =)

sabaq jelah..huhu

||aLeaSaRa|| said... [Reply to comment]

alah nyah..apa slhnya nak pakai auwww....he3...

Firdaus Kasim said... [Reply to comment]

aduhh.. ingat ke awk yg alami sendiri.. huhu.. tapi memang sy suka tengok girl pakai tudung.. nampak lebih ayu sangat2!!.. tp kalo gurl tue pakai tudung tp pakai bju ketat2.. x jd juga..

p/s : rindu nk tengok girl pakai tudung n pakaian labuh..

amimarz said... [Reply to comment]

kebetulannya, en3 sy pun pasal cerita ni, posted on 31/1/2011 :: cam ada chemistry la plak ya!!!

http://amimarzsays.blogspot.com/2011/01/jangan-sampai-jadi-buluh.html

Kaspersky Seller said... [Reply to comment]

Salam aida. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/

ieda said... [Reply to comment]

salam kenal dikk
bapa dia mereng nie dikk huhuh

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said... [Reply to comment]

suspen jer ceta ni..mula2 nak mrh...pls tu kelakar pun ada...geli pun ada...hehehe...

Firdaus Kasim said... [Reply to comment]

hehe.. buat suspender betul.. ingat ke kisah benar tadi

Entri terbaru:
Apa Itu SPAM?

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.