MummyNemo [dot] com

Saturday, January 22, 2011

Hari Ini dan Esok Tidak Pernah Sama

  •  Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan. Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba. Jika anda tergolong dalan golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.


  • Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba. Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata. Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.


  • Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti. Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, besok mungkin anda menikmatinya. Jangan terlalu susah hati jika sakit, besok mungkin anda sembuh. Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, besok mungkin anda berada.


  • Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia. Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergi biar bagaimana dijaga.


  • Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai, terlalu menyayangi, amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya. Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.


  • Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan. Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah. Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah. Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing, ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka. 


  • Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon yang tidak pernah tahu skripnya. Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin tetapi kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya. Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan, adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.


  • Kejatuhan bukan penghujung dunia. Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita. Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar. Bukanlah kita mengharapkan bencana, tetapi jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita... 

p/s..Mari kita sama2 renungkan.

9 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

eMMe said... [Reply to comment]

betul tu tasya, akak setuju dgn tasya...kalo ari ni kite senang, esok2 lak kite susah, ari sihat, esok2 kite sakit, tak tau masanya...so, jgn la kita leka daripada mengingati Allah, jgn bila dah susah baru ingat Allah..salah tu..sentiasa la kite dekatkan diri kepada Allah swt...

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@eMMe

ya kak.. kadang2 kita leka dgn hal dunia... hal akhirat kita abaikan.

hurmmm...

cik mas said... [Reply to comment]

thnaks 4 sharing dear...em..td ade nk mintak tolong cik mas...mintak tlg ape syg... ? :)

||aLeaSaRa|| said... [Reply to comment]

gd mng aidanatasya!sggh sini nk tngkan hati.baca pulak n3 ni perghhh menyentuh jiwa rohani he3...

tehr said... [Reply to comment]

apa pun yang berlaku
adalah baik untuk kita senyumsokmo

hati akan tenteram

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.