MummyNemo [dot] com

Thursday, January 20, 2011

JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA - TELEFILEM TERAKHIR ALLAHYARHAM FAIZAL YUSOF





Sinopsis Telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka
Jangan Hantar Aku Ke Neraka adalah telefilem yang emosional menceritakan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami.Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup.Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai.Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Didi, ke Kuala Lumpur.Zai bekerja di salun rambut dan hanya Didi penghibur hatinya walaupun diai amat merindui ibu tersayang.Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.Apakah kesudahan drama penuh emosi dan menyayat hati ini? Bagaimana pula dengan Zai? Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini?Jawapannya akan diperoleh jika anda menonton drama berkenaan.Drama Jangan Hantar Aku Ke Neraka diterajui oleh Faizal Yusop,Fadilah Mansor, Adeq Ku Yusry, Watie Sadalie, Wan Sharmila dan Wan Nor Azlin


P/S Maybe ada yg tak tgk ceta ni semalam, mmg rugi banyak pengajaran dalam telefilem ini, smpi sy sdiri menitiskan airmata..............,Syurga di telapak kaki ibu hormati lah mereka. :(( Al-Fatihah.


15 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

nurulhusnamohd said... [Reply to comment]

best tak? ala, tak sempat tengok. :(

Anonymous said... [Reply to comment]

xtgk...jarang tgk tv

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@♥ husna mohd ♥

Husna best sgt2..... sy rasa, siapa yg tgk ceta nie.. smua menitiskan airmata... da lagu dia sedihh....

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@cik yayah

Sabar dear.... g la call mak awk... :)

nun said... [Reply to comment]

excuse me dear cuma nak komen u punya ikland nuffnang dah halang entry2 u..susah nak baca apa yg u ceritakan..ianya menganggu..

||aLeaSaRa|| said... [Reply to comment]

alah tak tgk huwaa...kite tgh mlm td tgk ulang Adamaya di tv3 sayu je tgk arwah berlakon.hlg lagi sorg yg berbakat ermm...

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@Winnie Bunny

opsss sori2.. sy da tukar, maaf sbb myusahkan awk ..

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@||aLeaSaRa||

2la dearr... mesti ada ulangan.. klu ada permintaan kan :)

ASSOYFINGER67 said... [Reply to comment]

tengok sampai habih malam tadi..best gak huhu..sedih...budak sotong tu bagus jugak dia111

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply to comment]

eemmm...memang best la cerita ni...nasib kakD sempat tngk...

CIK CIRA said... [Reply to comment]

tak tgk pun cerita ni sbb tak dpt tgk tb kat u ni..hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said... [Reply to comment]

kakD tak qeti nk cerita sal kotak komen tu..sbb yg tlg buat untk kakD cikmas..ni URL blog dia..nanti tanya dia ye nk buat mcmana...
http://masluvnerul.blogspot.com/
nak lg senang add ja dia kat FB kat blog dia ada nama FB dia...
selamat mencuba...

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.