MummyNemo [dot] com

Tuesday, February 22, 2011

Bahana ikan masin

Sedapnya ikan masin, tapi dalam kesedapan kita berhadapan dengan masalah... cuba baca berita dibawah ni ye...

Kekerapan pengambilan makanan yang diawet dengan garam seperti ikan kering, ikan masin masam dan lobak asin dikhuatiri menjadi punca barah nasofarinks.

PENGAMBILAN ikan masin dan produk awetan garam lain sudah sebati di kalangan masyarakat Asia.
PENGAWETAN ikan melalui kaedah penggaraman masih popular di banyak negara termasuk Malaysia. Ikan masin tetap tersenarai sebagai salah satu bahan penting dalam diet tempatan.
Kebimbangan yang ingin dibincangkan adalah sama ada boleh berlaku risiko pada kesihatan jika ikan, telur atau sayur masin, menjadi makanan kita setiap hari.
SEGERALAH bertemu doktor jika anda sering berdepan dengan masalah hidung tersumbat, berdarah atau mengalami gangguan penglihatan dan pendengaran.

Antara lain, pernah dilaporkan tentang kandungan zat nitrosamin yang terdapat dalam ikan masin mampu mengaktifkan virus Epstein-Barr (EB) sehingga menimbulkan masalah pada bahagian nasofarinks.Makanan popular yang dikhuatiri turut menyumbang kepada permasalahan ini adalah sayur yang diperam dengan garam seperti lobak dan kobis masin serta taucu.

“Memang ada pendapat dan teori mengenai kaitan kanser nasofarinks dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan jangka masa panjang. Namun, ia belum dibuktikan secara kukuh dan menyeluruh,” ujar pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr. Imran Abdullah.

Di kawasan itu terdapat saluran yang menghubungkan tekak dengan telinga (Eustachius) dan Adenoid, iaitu jaringan limfoid.
Di situ juga terletaknya banyak jaringan saraf yang menentukan fungsi mata serta mekanisme menelan di belakang kedudukan lidah.“Faktor pencetus barah ini daripada pemakanan ikan dan sayur masin sebenarnya bermula daripada kisah migrasi generasi pedagang China dari Canton. Merekalah yang dikaitkan dengan barah jenis ini,” terang Imran.
Penyebab nasofarinks lain ada kaitan dengan keadaan sosial dan ekonomi. Lazimnya faktor itu menerangkan keadaan mereka yang tinggal di persekitaran yang diselaputi udara tidak bersih.
Lebih memburukkan adalah apabila sesebuah kediaman itu mempunyai sistem aliran udara yang teruk.
Dalam rekod perubatan dunia, banyak data dikumpulkan mengenai latar belakang penghidap kanser nasofarinks.
Mereka ialah di kalangan yang bekerja atau tinggal berdekatan kawasan yang terdedah kepada pelepasan bahan kimia seperti gas toksik, asap industri dan asap kayu.
Amalan pembakaran colok dalam kediaman juga pernah menjadi topik yang menimbulkan tanda tanya.

Ada statistik yang jelas mengaitkan penyakit ini dengan bangsa Cina. Di seluruh dunia, baik bangsa Cina yang di negara asal atau yang bermastautin di perantauan, semuanya didapati berisiko tinggi untuk menghidap kanser jenis ini.Pemerintah Hong Kong misalnya, telah menjalankan kempen besar-besaran untuk mendidik komuniti bot yang biasa memberikan anak kecil mereka makan ikan dan telur asin.
“Masyarakat pinggir pantai pelbagai bangsa di Malaysia juga banyak makan jenis makanan yang sama. Kalau begitu, komuniti Melayu juga perlu berhati-hati dengan ancamannya, bukan hanya orang Cina,” jelas Imran tentang perbandingan statistik penghidap mengikut kaum.

Lelaki dilaporkan lebih cenderung menghidap kanser ini dengan kebanyakan daripada mereka yang sampai ke fasa serius mengalami serangan tumor yang sangat aktif terutamanya di bahagian leher.

Berbanding wanita, kemungkinan lelaki menghidapnya adalah 2.5 kali lebih tinggi. Ramai yang beranggapan ia ada kaitan dengan perbezaan hormon antara kedua-dua jantina.
Kanser ini mencatat kes kekerapan tertinggi di kalangan lelaki Malaysia yang berusia antara 15 dan 49 tahun. Ia menyumbang 18 peratus daripada keseluruhan kes barah di negara ini.

Menilai risikonya yang dipicu pelbagai faktor yang berubah-ubah, nyata kanser nasofarinks tidak mustahil dihidapi kanak-kanak.
“Jika mendapat petanda gejala seperti hidung berdarah, seseorang perlu bertemu doktor dan mendapatkan rawatan segera.

“Ia bermula dengan simptom peringkat awal seperti hidung berdarah atau ludah yang disertai darah. Jangan sampai ia ke tahap yang lebih serius seperti terdapat benjolan pada leher atau gangguan deria penglihatan,” Imran mengingatkan.


Tanda-tanda lain yang perlu diberi perhatian serius adalah rasa berdesing dalam telinga, sakit kepala yang teruk hingga tidak dapat diatasi dengan pengambilan aspirin.
Nasofarinks merupakan bahagian atas pharynx-tubul yang bersaiz lima inci dan memanjang dari belakang hidung sehingga ke bahagian atas paip angin dan esofagus.

NASOFARINKS adalah bahagian tekak atas dan di belakang rongga hidung yang bersempadan dengan dasar tengkorak, lelangit dan rongga mulut.

p/s sy salah seorang pengemar ikan masin.. huhu,tp tak slalu la makan.. kadang2 je :p

8 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

nun said... [Reply to comment]

omg..bahaya rupanya kan..lepas ni kena kurangkan makan makanan yg masin..anyway thanks for the information dear ;) sgt berguna..

AkuMuzikFilem said... [Reply to comment]

menarik2. suka. tapi takde sumber ke dari mana? atau ini memang entri dari awak=)

eMMe said... [Reply to comment]

saya pun! kalo takde lauk, ikan masin je pun dah buka selera, camner...
tapi tu la kan....ikan masin tu ubat darah tinggi kan....

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@AkuMuzikFilem

awk... entry nie kawan sy yg bagi.. so tu yg sy tak letak link dari mana?

klu sy ambil dari mana2 sy akan letak link :)

cute said... [Reply to comment]

alamak..eja suka makan nasi goreng ikan masin..sedapnyer..tak tahu pula bahaya macm tu sekali..huhu..thanks untuk entry ni..good info from u..

tehr said... [Reply to comment]

sekali2 je makan ikan masin
takut juga nak makan tiap2 hari
hehe

mutoburok said... [Reply to comment]

http://mutoburok.blogspot.com
salam 1 dunia..ikan masin rasenye masin le..klu masin2 hari2..xke daaarah tinggiii..bile darah dah tinggi sangat..tekanan darah tinggi le..then strok. la jawabnye..pendapat je le..

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.