MummyNemo [dot] com

Monday, March 7, 2011

Sifat Buruk Dalam Karakter Spongebob

Assalamualaikum.. Selamat petang semua :) ari ini.. sy nak share 1 artikel mengenai katon spongebob yg mgkin ramai yg memintainya.. termasuk la saya hehehe....., bak kata nabil "Lu Fikiran la sdiri"  Jom baca kat bawah :)




Kartun Spongebob ialah antara kartun yang diminati bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga. Cerita kehidupan di bawah air yang simple ini berjaya mendapat tempat di hati kanak-kanak.
Namun begitu ,setiap watak utamanya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan mungkin kita tidak sedari setiap karakter itu terdapat beberapa sifat-sifat buruk.
Contoh buruk yang tidak boleh diikut oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga.Berikut adalah beberapa karakter dari semua watak utama kartun Sponge Bob tersebut yang saya maksudkan yang anda boleh memberitahu anak atau adik anda supaya sifat-sifat yang jangan ditiru.


1. Patrick yang Pemalas
































Patrick adalah seekor tapak sulaiman yang dikenali dengan watak pemalas.Dia tinggal di bawah batu sepanjang masa dan tidak pernah melakukan apa-apa.Patrick juga dikenali sebagai kuat makan tetapi bodoh dan malas untuk bekerja.
Bahkan dalam episod “Big Pink Loser”, dia mendapatkan penghargaan untuk tidak melakukan apa-apa paling lama. Mungkin Patrick mengikut pepatah ‘ulat dalam batu pun boleh hidup’.
 2. Squidward Yang Pemarah









Squidward ialah seekor sotong yang panas baran,ego dan tak boleh berunding. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebagian besar masanya dihabiskan untuk marah-marah.
3. Mr. Krabs Yang Tamak
Mr. Krabs ialah seekor ketam yang mempunyai restoran burger The Krusty Krab tempat Spongebob bekerja. Jelas sekali dalam cerita Spongebob Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat bernafsu terhadap wang. Dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya.
4. Plankton Yang Iri Hati Dan Pendendam
Plankton cemburu,iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan restoran miliknya iaitu The Chum Bucket telah gagal. Iri hati dan dendam membuatnya sentiasa mencuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.
5. Sandy Yang Sombong.
Sandy adalah seekor tupai yang hidup dalam dunia laut Spongebob. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan darimana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan suka kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episod “Pressure”, dimana dia mencuba untuk membuktikan bahwa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.
6. Spongebob Yang Berlebih-lebih
Hero cerita ini, Spongebob selalu menunjukkan “kasih sayang berlebihan terhadap orang lain”. Dia menunjukkan cintanya kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang dan berlebih-lebihan terhadap perkerjaannya. Malah ada juga pendapat Spongebob adalah seorang gay kerana wataknya yang kelihatan ‘lembut’. Dalam satu episod, Spongebob menjadi ‘isteri’ kepada Patrick.
Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam perangai buruk, tetapi sebalik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua dan secara langsung watak-watak yang disebut di atas adalah diadaptasikan dari perangai manusia juga.

5 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

ayushida said... [Reply to comment]

akak memang x pernah minat, kalau ank akak tengok, cepat2 akk tukar citer lain...hehehe

+qAsiH naDiRa+ said... [Reply to comment]

pernah sekali tu saya tengok spongebob dengan adik2 y lain.tetiba dalam kartun tu spongebob dan patrick memakai tarbus yang ada mata satu padanya.Ia seakan2 dajal bermata satu pada tarbus itu.saya yakin cerita kartun dari negara barat ini akan banyak mempengaruhi pemikiran kanak2~jadi control setiap apa yang di tonton oleh anak2 kecil~

one2paii said... [Reply to comment]

tapi ape2 pun gua x terpengaruh dengan citer nie..sebab gua sudah membesar panjang..gua tetap layan citer nie dan bertambah rajin..hahah

tehr said... [Reply to comment]

dah lupa bila kali terakhir tengok spongebob
hehe

EB said... [Reply to comment]

Waa smpi mcm tu skali ah..
Tp sya x brapa suka la tngk Spongebob ni..

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.