MummyNemo [dot] com

Saturday, April 9, 2011

Telur Ayam Tiruan???

Assalamualaikum..., lama tak buat entry semenjak.. blog x dapat masuk.. dan dengan ke bizian keje.. apa pun kali ni sy nak share tentang Telur Tiruan yang menjadi bualan masa kini.

Siapa pengemar telur kat sini??? angkat tangan hehehe... termasuk la sy sdiri.. apa pun dengan pendedahan Telur Ayam tiruan ini, kita mesti berhati-hati...  jom baca artikel di bawah.


Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.



Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.


"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Credit to : http://www.facebook.com/home.php#!/notes/pendedahan-konspirasi-penipuan-dunia/telur-ayam-tiruan/194938977208116

Selamat Beramal :)

1 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

LaLa said... [Reply to comment]

eww~ telur pon nk wt palsu ke...macam2la org zaman skg..huhu

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.