MummyNemo [dot] com

Tuesday, May 10, 2011

Empat Pelajar Perempuan Terlibat Kes Buli Digantung Serta Merta

PETALING JAYA: Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah di Kepong yang dirakam sedang membuli seorang rakan sekelas mereka sebagaimana yang dimuatnaikkan di dalam rangkaian YouTube telah digantung persekolahan mereka berkuatkuasa serta merta.

Kejadian tersebut disahkan berlaku di SMK Raja Abdullah, Kepong. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka ialah pengantungan selama 14 hari.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengesahkan perkara itu dalam twitternya, Isnin.

Beliau juga mengesahkan mereka yang terlibat akan diwajibkan melalui proses kaunseling.
“Satu pertemuan telah pun diadakan dengan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan (Mohd Adenan Deraman), wakil pihak sekolah, mangsa buli dan juga wakil keluarganya untuk menangani isu ini," katanya.

Menurut Dr Wee, keluarga murid yang menjadi mangsa buli itu berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak jabatan dan sekolah.
Malah katanya, selepas mendengar pandangan semua pihak, pihak jabatan juga bersetuju untuk menukar pelajar yang dibuli itu ke sebuah sekolah berdekatan.

Dr Wee berkata demikian sebagai mengulas insiden klip video tiga minit itu yang menunjukkan beberapa orang pelajar menarik dan memotong rambut seorang rakan sekelas mereka. Rakaman tersebut dimuatnaikkan dalam laman YouTube Sabtu lalu dan disiarkan oleh media massa pada Ahad.

Rakaman itu juga menunjukkan bagaimana mangsa turut dihentak dengan buku di kepala dan bagaimana lehernya ditarik dengan tali leher.

Rakaman itu turut menunjukkan bagaimana mangsa menagis teresak-esak dan memohon belas ehsan mereka yang membulinya tetapi rayuannya tidak diendahkan dan mereka terus membulinya dengan teruk.

Dalam pada itu, Mohd Adenan berkata, pihak jabatan memandang serius kejadian itu dan akan turut memberi bantuan kaunseling kepada pelajar yang menjadi mangsa itu.
Mohd Adenan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian itu telah pun memohon maaf kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Komisioner Zakaria Pagan pula berkata, pihak polis ada menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada salah seorang keluarga mangsa.

Credit to : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/9/mstar_berita/20110509184807&sec=mstar_berita

DATUK DR WEE KA SEONG / TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
Saya minta perkara ini dijadikan sebagai satu pengajaran kepada semua. Ini adalah satu kes yang kita pandang serius dan ambil tindakan serta merta. Dan dalam kes ini, bukan hanya yang memukul bersubahat pun kita ambil tindakan.

Tindakan diambil berdasarkan surat pekeliling khas bilangan 8, tahun 2010 kerana mereka di bawah umur.

Walaupun empat pelajar itu sudah memohon maaf, namun menurut Datuk Dr Wee ia tidak boleh dikompromi dan hukuman mesti dikenakan.

Empat pelajar terbabit juga diwajibkan menghadiri sesi kaunseling selepas tamat tempoh gantung sekolah.
Credit to : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Buli_4_Pelajar_Perempuan_Digantung_Sekolah_14_Hari.html

 P/S Bila da buat salah senang2 je minta maaf, tp masa membuli tu.. bukan main seronok lagi, siap tampar2 lagi...... apa nak jadi da, dengan budak 4 ekor tu....

7 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

Ibnushukran said... [Reply to comment]

singgah follow sini.. :)

sy rasa hukuman 2 mcm xcukup, gantung 14 hari je,hukuman biasa je.. mntak2 lah pihak sekolah suruh dorang buat kerja kbjikan kt skolah sbagai denda tmbahan..

+qAsiH naDiRa+ said... [Reply to comment]

ntah la~aku rasa mmg tak puas ati giler bila tgk video tu.walaupun berlainan agama,aku tetap ada kesian kat pelajar y dibuli tu.aku setuju kalau pihak berkenaan ambik serius ttg kes ni.boleh je nak ragging kawan2 tapi jgnlah sampai aibkan dia dan buat gangguan fizikal macam tu.

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@Ibnushukran

saya setuju dengan cadangan awk.. hurmmm hukuman biarlah yang boleh menyedarkan mereka.. setakat gantung skolah senang je, maybe mereka lagi suka kena gantung sekolah..

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@ qAsiH naDiRa

betul tu, wlupun kita berlainan bangsa.. tapi kita sentiasa mgambil berat terhadap isu seperti ini :)

thnxx for the komen

nadira shahid said... [Reply to comment]

hm, kurang ajar budak2 sekarang, even budak perempuan pun dah pndai buli..

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said... [Reply to comment]

HuKuMaN tetap hukuman...mana boley lepas camtu jer....lemak ar.......

tehr said... [Reply to comment]

pelajar yang tak mahu belajar
raya sakan la bila digantung sekolah

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.