MummyNemo [dot] com

Sunday, May 22, 2011

Hati-hati dengan Pemintak Sedekah.

Tadi masa jenguk blog abg ben, abg ben ada ceta pasal pemintak sedekah yang datang kat umah dia.. So, saya pun terlintas nak share ceta... Tula,Kadang2, kita hairan kan.. Nape la dorg tak cari keje.. Padahal dorg sihat walafiat...

Kat sini saya nak berkongsi kisah benar, yang melibatkan pemintak sedekah.. Cerita ini betul2 terjadi pada makcik kawan saya..

Pemintak sedekah ini, da makin pandai.. Kita hulur duit seringgit depa tak mau ambik.. Nak 10 ringgit..

Mungkin korang tak tahu lagi.. Pemintak sedekah ini.. Da pandai guna ilmu pukau, tak pcaya ini la terjadi pada makcik kawan saya..

Seperti biasa pemintak sedekah akan ketuk pintu... Dengan baju yang lusuh, muka kesian.. Mengulur tangan minta duit.. Dan akan berkata depa lapar 1 minggu tak makan.. Sambil menekan2 perut.. Pandai depa berlakon.. Terbitlah rasa simpati dalam diri kita.. Kan

Kebetulan makcik kawan saya tu tinggal seorang diri kat umah, makcik kawan saya tu bagilah 10 ringgit.. Lepas tu, dia nak minta air pulak.. Kata haus, dengan perasaan simpati, makcik kawan saya tu pergi la kedapur ambil segelas air...

Lepas serahkan gelas minuman tersebut, terasa pemintak sedekah tu, seperti menghembus nafas kat muka makcik kawan saya tu... Apa yang pemintak sedekah tu nak semua dia bagi.. Barang kemas, duit abis semua dia sapu..

Bila makcik kawan saya tu sedar, selepas 30 minit.. Barang kemas kat badan pun pemintak sedekah tu sapu,.. Meraung bagai nak rak makcik kawan saya, da buat repot polis.. Tapi buat masa tiada penangkapan dibuat.. Sebab makcik kawan saya tu, memang tak ingatkan lansung wajah pemintak sedekah tu,.

So, kita kena hati2, kat umah sendiri pun kita oleh jadi mangsa.. Zaman sekarang banyak taktik kotor depa guna, untuk dapatkan wang segera..

P/s kat umah sya, siap da pasang pagar.. Siapa2 pun tak boleh masuk, mangga 24 jam.. Siapa2 je datang kat umah tidak dikenali.. Confirm tak layan.. Bukannya kedekut ke apa.. Cuma berhati-hati, susah nak pcaya dengan orang yang kita tak kenali.

Post by via operamini.

4 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

farhana_aziz said... [Reply to comment]

hubby selalu marah bila saya bagi sedekah dekat peminta sedekah..dia mmg tak percaya peminta-peminta sedekah skrg. bahaya!

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@farhana_aziz
mmg bahaya.. bila kes mcm nie terjadi..

Ainismaira said... [Reply to comment]

mmg banyak sgt.. kebanyakannya dari sindiket.. bile time pasar malam berlambak2.. xtau dtg dari mana.. padahal semua cacat xde kaki tgn.. kesian tgk..

eMMe said... [Reply to comment]

bahaya kan skrg, Pengemis pun cam pura2 je....nak memukau lak kejenye, isk2! tak jadi simpati la camnih....mmg kene hati2....

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.