MummyNemo [dot] com

Friday, May 20, 2011

Kisah Benar - hati-hati dengan Migrain

Bila migrain menyerang apa2 keje pun tak dapat buat.. Ader yang sampai nak bertindak hantuk kepala kat dinding..mmg sakit sangat, Kalau terkena saya, telan ubat terus layan tido.. Ubat migrain tak pernah lari dari handbag saya.. Ke mana saya pergi disitu dia ada.. Hehehe.tapi sebenarnya sangat bahaya... Jom baca kisah benar..

Kat sini saya nak ceta 1 kisah benar, berkaitan dengan migrain..

Seorang peguam muda yang menghidap migrain hanya menelan ubat ketika migrain menyerang...

Doktor : Encik Sakit ape?

Peguam muda : macam biasa doktor sakit kepala..

Doktor : ermm..encik, migrain mungkin sbb keje encik terlalu banyak keje dan stress. Nati saya bagi ubat migrain dan tahan sakit.. Encik banyak kan rehat k.

Peguam muda : tima kasih doktor.

Situasi macam tu, selalu berlaku apabila berjumpa doktor tak cek lebih detail hanya tanya sakit ape dan cek tekanan darah.. Pastu bagi ubat.. Senang kan.

Peguam muda ni pun, da rasa ok selepas makan ubat yang telah diberikan, tapi selang 1 minggu sakit kepala menyerang kembali, dan seperti ubat menjadi teman.

Last2, peguam muda tu pengsan kat tempat keje.. Dan akhirnya bila doktor pakar yang membuat rawatan didapati ada tumor peringkat ke 4 yang selama ini hanya disahkan migrain biasa..

Akhirnya pembedahan dilakukan, pembedahan pertama hanya mengeluarkan 30%, dan stabil, pembedahan kedua, mengeluarkan 70% dan stabil alhamdulilah, pemedahan ke tiga pulak kat leher akibat kahak yang akan menganggu penafasan perlu dibuang..

Akhirnya, semuanya hanya sia2 peguam muda itu telah menghembus nafas terakhir.. Al-fatihah

p/s peguam muda itu adalah adik ipar kepada kakak sepupu saya.. Belum berkahwin, beliau seorang yang sangat peramah dan mempunyai budi pekerti yang baik.

Jangan ambil ringan sakit kepala dan migrain.. Jumpa doktor pakar bertindak sebelum terlambat. Dan untuk sy sdiri kerana saya sdiri ade migrain.

8 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

cik aisha said... [Reply to comment]

penyakit sekarang ni simptom2 dia mcm lebih krg je..kdg2 konpius sakit apa sebenarnya.mkn ubt sembarangan pun blh jd lg sakit.
al-Fatihah untuk peguam terbabit.:(

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@cik aisha
betul tu, kdg2 kita tidak boleh bergantung sgt dgn ubat.. Skrg nie, sy da kurangkan makan ubat..

Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

zOeY zAu YaH said... [Reply to comment]

saya pun ada...sensitif dgn cahaya dan aircond..dulu teruk sampai hari2 jd..mkn ubat pun x jd apa.skang x keje dok umah ja dh ok..x jd dah.cuma sesekali kalau jd seksa yg amat.menakutkan kes peguam tu.doctor camtu lah kan..bg ubat then ckp stress=.="

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@zOeY zAu YaH
sy pun mcm awk jgk.. Ari2 kena menghadap komputer, tpks pakai cermin mata yang kalis cahaya..

Doktor mcm tula kan, nak cepat je.. Tak cek betul2..

Sy pun takut jadi mcm tu.. :(

Brilliant Marjan said... [Reply to comment]

salam..

sy juga salah seorg pesakit migrain sjak skola lg..penah muntah scra tiba2 & pitam scra tiba2..mmg jmpe pakar tp bila dh masuk IPT, sy mkn suplement amway (tak b'gantung pd ubat), alhamdulillah ok.memang perit jika sakit tp bgimana kt mampu kawal sakit tu adlh diri kt sendiri tanpa b'gantung pd ubt..sy sendiri dh rasainya..sy amalkan mkn kurma & madu..sekarang ni,walaupun keje ngadap pc tp alhamdulillah, sakit tu dh tak ada..

~ada yg kata mkn kena pantang..sy xboleh mkn oren sbb sy penah cuba, mmg sakit yg amat sgt tp kadang sy mkn itupun teringin.tp xde pape..lagi satu jgn biarkan diri terlampau stress atau terlampau happy..sbb ia bole terjadi..sy sudah rasainya juga..tp mungkin bergantung pd individu..

Aidanatasya said... [Reply to comment]

@Brilliant Marjan
wsalam.. Tima kasih sbb memberi komen,

betul kata awk, kdg2 pemakanan yang tak betul punca migrain myerang..

Doktor pnah nasihatkan saya, jgn makan makanan berminyak, tp kdg2 kita x leh kawal nafsu kita, makan jgk..

Sy x boleh minum nescafe, asal minum je.. Berapa jam mesti migrain menyerang, alhamdulilah.. Migrain sy pun bkurangan selepas sy minum hi-goat.

tehr said... [Reply to comment]

aida pun jangan lupa pergi jumpa doktor pakar
hari ni cuti lagi, kan?

lagenda said... [Reply to comment]

Ya allah..menakutkan!! Mak juga pengidap migrain dah pemakan ubat pain killer.

Mcmana nk mulakan rawatan ini yea..mak takut!

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.