MummyNemo [dot] com

Wednesday, May 18, 2011

Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih

Assalamualaikum.. Morning Allz, Jom baca entri dibawah nie.... orang kulit hitam dapat melahirkan anak berkulit putih..........macam tak pecaya kan, tapi ini terjadi di LEICESTER, Britain.



LEICESTER, Britain – Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam.Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini.Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.“Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya.“Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami,” kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologiMenurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya.“Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya,” tambahnya.Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya.Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu. – Agensi

Credit to : http://berita-harian-online.com/

P/s Nak tengok pulak.. orang kulit putih melahirkan anak kulit hitam... :D

5 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

eMMe said... [Reply to comment]

hitam kah putih kah, saya terima dgn redha, itukan Anugerah Allah swt...

Jahirah said... [Reply to comment]

kuasa Allah, apapun boleh jadikan..^^

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

kuasa Allah mengatasi segalanya..

salam ziarah..first time singgah blog ini

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.