MummyNemo [dot] com

Saturday, May 14, 2011

Lelaki putus cinta disimbah asid


Mohamad Hanif yang melecur dimuka akibat disimbah asid dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah semalam. Gambar kecil Mohamad Hanif sebelum melecur.



KANGAR – Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.
Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang.

Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan.
Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

P/s kebanyakkan perempuan yang jadi mangsa, sekarang ni lelaki pun da jadi mangsa... apa nak jadi da, kegiatan simbah asid macam da jadi trend di negara kita...kenapa begitu cetek pemikiran masyarakat zaman sekarang nie...... bila hasad dengki da ditanam dalam diri... macam2 boleh berlaku.

2 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

tehr said... [Reply to comment]

lelaki pulak?
apa nak jadi dunia sekarang

jiwa yang tidak tenteram
hati penuh dengan dendam

Amni said... [Reply to comment]

hem..... macam mana boleh senang hati menganiaya org eh? humm....

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.