MummyNemo [dot] com

Wednesday, May 25, 2011

Tutorial-Dapatkan Semula File Yang Terdelete Dalam Pen Drive



Pernah terdelete dokumen, gambar, fail tertentu? Jangan risau. Recuva (sebutan "Recover") adalah perisian yang admin akan sarankan kepada korang semua untuk mendapatkan semula file korang yang hilang.

Sama ada korang terdelete dokumen, gambar atau fail-fail lain di komputer mahupun pendrive korang, recuva mungkin boleh mengembalikannya. Jika bernasib baik, keadaan gambar atau fail tersebut akan wujud seperti yang asal.

Selain kelebihan tersebut, recuva juga adalah percuma dan mempunyai saiz yang kecil untuk korang muat turun.

Cara menggunakannya amat mudah :
1. Selepas muat turun dan install, korang perlu mengklik ikon di desktop korang dua kali untuk run program tu.

2. Pastu, korang pilih drive apa yang hendak di'recover' atau diselamatkan atau dikembalikan. Jika pendrive, pilih drive untuk pendrive korang.

3. Kemudian klik Scan. Tunggu sehingga Recuva selesai mengimbas drive tersebut.

4. Senarai fail yang boleh diselamatkan akan terpapar. Pilih fail yang berkenaan, dan klik Recover untuk kembalikan fail tersebut.

5. Lihat direktori tempat korang recover tadi untuk fail yang berjaya diselamatkan.

Banyak perisian seperti ini di internet, tetapi kebanyakkannya adalah berbayar. Cuma klik di sini untuk website memuat turun perisian tersebut, dan Klik "Download".

Antara perisian lain yang setara kegunaan seperti ini ialah Recover My Files, Get Data Back dan lain-lain lagi.

OK, selamat mencuba dan semoga berjaya.


Sumber : http://ymsagasama.blogspot.com/

P/s lama da cari tutorial nie.. akhirnya banyak file dapat di selamatkan :)  

3 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

.m y z. said... [Reply to comment]

wahhh tutor yang sangat berguna. dlu mmg banyak kali ter-delete file dalam pen drive tapi biar mcm tu je. sbb tak tau nak buat mcm mne. sabar je lah.

abiey said... [Reply to comment]

jom join http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/segmen-mencari-100-blog-list-utk.html

Ellen said... [Reply to comment]

wah...message dalam hp boleh dapat balik ker dik yang dah di delete..hehe

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

 
Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.