MummyNemo [dot] com

Thursday, March 17, 2011

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Credit to : google

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas,
pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci
kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau
mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini
kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai
pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim,
berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara
berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu
mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
dengan
bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh
menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak
perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap
individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau
berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas
untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan
itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas
tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini
lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan

"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang
menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf
dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga
kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga,
terutama gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan
di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin
telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh
telinga.
Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran,
lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian
besar masyarakat

Asia
mempunyai tahi telinga jenis
keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung
kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di
dalam tahi telinga," katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya
tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga
bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan
kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
"Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan
dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan
mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan
kerosakan pada gegendang telinga," katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir
individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak
terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali
sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak
mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik
atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor
menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya
akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi
telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana
dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama
itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
akan terkeluar dengan sendiri," katanya.

p/s "HANYA TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI" :p

6 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

as said... [Reply to comment]

hahaha. saya hari2 suka korek telinga . thanx for this info!

Sheherazade said... [Reply to comment]

same mcm bulu hidung hehe,halang debbu allergen
msk paru2 kalau xsilap

eMMe said... [Reply to comment]

selalu korek idung, dari korek tinge la.....hehehe

tehr said... [Reply to comment]

satu je aku nak pesan
jangan amalkan korek telinga sambil menyorok belakang pintu
sangat merbahaya!

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.