MummyNemo [dot] com

Wednesday, April 27, 2011

MENCINTAIMU, KESALAHANKU KERANA AKU TAK MAMPU MEMBAHAGIANKANMU - PART 4

   

perut Amar berkali-kali. Amar mengaduh kesakitan. Dia rebah. Tiba-tiba
saja, lelahnya menyerang. Dia terbaring di situ sambil menyeluk poket
seluarnya.
"Amar!!!!," jerit Dania, seraya menarik tangannya sendiri dengan
sepenuh tenaga dari genggaman Firdaus. Akhirnya, terlerai jua. Lantas,
Dania meluru ke arah Amar dan mengambil ubat dari poket seluar Amar dan
memberikannya kepada Amar. Amar menyemburkan ubatnya ke dalam mulut dan
mula menarik nafas dalam dan menstabilkannya. "Amar….kau ok?," tanya
Dania. Belum sempat Amar menjawab, "Ahhh….lepaskan saya!!," Dania
meronta. Firdaus menarik tangannya dan terus menuju ke kereta. Dania
kalah di tangannya. Orang sekeliling tidak berani hendak masuk campur
bila ianya membabitkan Firdaus. Amar pula tidak berdaya untuk Dania.
Dia masih terbaring…. "Dania!!!!!!!"
"Amarr!!!!," jerit Dania dan kemudian, dia hilang dibawa kereta BMW milik Firdaus.
"Dania!!!! Uhuuhhkkk…uhhukkk. . Nia…ahh…," Amar lalu pengsan.


"Encik…Encik tak patut tinggalkan Amar macam tu!! Dia adik Encik!!,"

"Ahh!!!," tidak mempedulikan kata-kata Dania. Memandu laju
merentasi jalan raya. "You senyap boleh tak??!! Buat apa I nak
pedulikan dia?! He’s not brother!"
"Haa??!!"
"Don’t you
understand my words? He is not biological brother!! Dia tu anak tak
guna kepada bapa tiri I, si Mustafa tu!! Faham??!!"
"Encik!!!! Berhenti!! Kalau tak, saya akan buka pintu ni!!"
"Hahahhahahah!
!! Buka laa…if you dare!!! Hahahahah!!," semakin laju memandu
keretanya. Tidak dipedulikannya lampu isyarat merah. Dengan tiba-tiba,
pintu kereta dibuka dan dengan terkejutnya, Firdaus melihat Dania
terjun dari keretanya. "Dania!!!!," menekan brek dengan mengejut. Dania
yang melompat keluar dari kereta yang dipandu dengan laju itu,
berguling-guling dan tercampak ke tepi jalan. Terus, terhentak
kepalanya di palang yang terpacak di situ. Dia pengsan. Kepalanya
berdarah. Nafasnya turun naik. Firdaus keluar dari kereta dan melihat
Dania dari jauh dengan sekilas pandang dan kemudian beredar dari situ.
Ditinggalnya Dania di situ, yang bermandian dengan darah. Mujur saja
orang sekeliling membantu Dania. Dia dikejarkan ke hospital berdekatan.
Dimasukkan ke dalam wad kecemasan.


"Amar? Kau ke tu?," Izza, akan sekerjanya bercakap dengan Amar melalui telefon bimbitnya.
"A’aah…
Izza ke?," tanya Amar yang baru saja pulih keadaannya selepas apa yang
berlaku setengah jam yang lalu. Dia menyesal kerana tak dapat menolong
Dania. Hendak mencari, tak tahu pula ke mana abangnya membawa Dania.
"Ye…Emm…Amar…Dania…"
"Dania??!! Kenapa dengan Dania??" bermacam-macam persoalan mula muncul di dalam kotak fikirannya. "Kenapa??"
"Dia masuk ke ICU…," ujar Izza lemah.
"Haa??!!! Ya ALLAH!!!! Apa dah jadi ni?? Mana dia? Kat hospital mana?"
"Hospital Umum. Cepat kemari. Nanti aku ceritakan semuanya kat kau."
"Baik,"
segera Amar menuju ke Hospital Umum dengan menaiki keretanya. Di dalam
kereta, bermacam persoalan timbul. Mengapa? Kenapa? Bagaimana?


Ya ALLAH…kepadaMU kupohon, moga tiada apa yang terjadi pada
Dania. Ya ALLAH…sesungguhnya KAUlah yang MAHA PENGASIH lagi MAHA
PENYAYANG. KepadaMU aku pohon ya ALLAH…


Menitis airmatanya.
Sungguh, dia tak mahu apa-apa yang buruk menimpa gadis kesayangannya.
Satu-satunya orang yang dirasanya dekat dengan dirinya. Di dalam
hatinya, tidak putus-putus berdoa kepada yang ESA…
"Dania mana? Mana dia??," tanyanya sejurus saja dia sampai di luar pintu ICU. Keresahan. Merah matanya.
Izza memandangnya, sayu. Kasihan melihat keadaan Amar. "Dania kat dalam."
"Doktor cakap apa?"

"Jom kita duduk dulu," ajak Izza. "Macam ni.. Doktor cakap, keadaan dia stabil. Cuma….," Izza terdiam.
"Cuma apa? Kau ni, cakap biar terang!!"
"Janganlah jerit. Ni hospital. Kau bertenang laa sikit."

"Huuhh….I’m sorry. Aku…aku tak dapat teruskan hidup ni tanpa Dania!! Kau tau tak??!!"
"Ya ALLAH….kenapa laa kau cakap camtu Amar? Kau cakap seperti orang yang tak beriman."
"Huuhh…Entahlah. . Fikiran aku kusut…," Amar tertunduk. Dia tahu, dia bersalah dalam berkata-kata.

"Emm…Doktor cakap, Dania koma."
"Haahh??!!"
"Walaupun keadaannya stabil…tapi…ada ketulan darah di dalam otaknya."
"Kenapa doktor tak keluarkan je??"
"Huhhh…They
will kalau memang boleh dikeluarkan. Masalahnya kat sini, darah beku tu
tak dapat nak dikeluarkan kalau nakkan Dania selamat!! Kalau



p/s bukan hasil nukilan saya..

0 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.