MummyNemo [dot] com

Sunday, April 17, 2011

Perbezaan Lelaki VS Wanita

 Assalamualaikum Selamat petang semuanya,Jom layan entri kat bawah nie... 



Bila gambar keluarga terletak di atas meja lelaki,
Ah.. bagusnya laki nih, orang yang bertanggungjawab.
Bila gambar keluarga terletak di atas meja wanita,
Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.

Bila meja lelaki bersepah-sepah,
Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.
Bila meja wanita bersepah-sepah,
Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.

Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC.
Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,
Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.

Bila lelaki tidak berada di mejanya,
Mesti dia tu tengah pergi meeting,
Bila wanita tidak berada di mejanya,
Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek,

Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya.
Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,
Mesti dia pergi keluar bershopping.

Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.
Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,
Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

Bila BOSS mengkritik lelaki,
Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Bila BOSS mengkritik wanita,
Selepas ini mesti dia merajuk.

Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,
Adakah dia marah?
Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,
Adakah dia menangis?

Bila lelaki akan berkahwin,
Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.
Bila wanita akan berkahwin,
Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

Bila lelaki mempunyai anak,
Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.
Bila wanita mempunyai anak,
Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.

Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,
Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya.
Bila wanita keluar untuk urusan perniagaan,
Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,
Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya
Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,
Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian



P/S Apa pandangan korang selepas membaca?? terutama kaum wanita.. rasa tak adil kan.


4 KOMEN YANG SAYA TERIMA:

Anonymous said... [Reply to comment]

mmg tidak adil...tp tu kn lumrah,wanita mmg selalu dipndg serong....huhuhuhuhuuhuhh

abadi romeo said... [Reply to comment]

sememangnya lelaki dengan wanita dilahirkan dengan banyak perbezaan supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain

tehr said... [Reply to comment]

lelaki jangan nak mengharap apa yang perempuan dapat
perempuan juga usah berharap apa yang lelaki dapat

setiap dari kita lelaki atau perempuan masing2 mempunyai tugas yang berbeza
masing2 pula saling memerlukan dan melengkapkan antara satu sama lain

tiada sempurna lelaki tanpa perempuan
dan tiada sempurna perempuan tanpa lelaki

jadi, lelaki jangan kutuk perempuan dan perempuan jangan kutuk lelaki

kedua2nya perlu senyumsokmo
hehe

Areyoudys said... [Reply to comment]

as salam..
hehe..
sebab perkara2 diatas dah macam sinonim dengan perempuan. sebab pengaruh media. tengok cam cerita2 kat tv.
hehe..

adei..tak menyokong. cuma kata je =)

Post a Comment

Terima kasih Dengan Komen Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal erkk??

Copyright © Simanis Cadburylady. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simanis-Cadburylady.